Selasa, 4 Julai 2017

It's just a bad day, not a bad life.

Selamat dah berciuman sikit hahaha.

Raya kedua, Selasa, around jam 1 tengahari, aku terlanggar kereta di hadapan sebab emergency break, tapi sayangnya break tak makan. Puasa eh? Haha.

Dalam kereta masa tu ada aku as a driver (of course), kakak dengan anak bongsu seat depan, belakang pulak mak dan anak buah aku dua orang. Masa pelanggaran tu taklah kuat sangat sebab anak kakak aku yang bongsu steady je tak terpelanting ke depan or terkejut ke apa. Lagipun, kereta tak rosak teruk sebab masih boleh berjalan lagi.

So, faktor pelanggaran adalah jarak antara kereta yang tak selamat + kakak aku kacau aku. Makanya, salah dia 50%, salah aku 50%. Adil dan saksama dah ni hahaha. Tapi bila report polis takde lah cakap faktor co-driver kacau, aku just beritahu kereta depan emergency break jelah. Lepas tu gelak bila kena saman RM300 😂

First sekali bila accident, jangan panik. Sebab kalau panik mesti blur nak buat padia. Mujurlah kakak aku tak panik masa tu, cool ja. So aku pun tetiba jadi cool haha. Keluar dari kereta kejap, cakap dengan mangsa untuk alih kereta ke tepi dan bincang. Nanti bincang tengah jalan bertambah sesak pulak trafik. Itu kalau kedua-dua kereta boleh jalan lagi, kalau tak mintalah bantuan orang awam sekejap. Rakyat Malaysia kan baik-baik 😀

Btw, jangan lupa ambil gambar kenderaan yang dilanggar dan melanggar. Kalau kemalangan berantai: A langgar B langar C langgar D, sila ambil gambar keseluruhan. Kasi nampak nombor plat okay untuk report nanti. Pastikan jenis kenderaan apa yang korang langgar tu jugak.

Next, berbincang. Ada duit, settle luar. Takde duit, settle dengan claim insurans. Kes aku, aku sama sekali takde duit untuk bayar mangsa hahaha. Pakcik tu minta aku bayar 1k woi, baik aku simpan buat nikah aje kahkah. So, apalagi, lepas tanya pada yang pakar, kita claim dengan insurans jelah. Marilah kita ketuk duit insurans yang tersimpan tu kan.

Prosedur nak claim insurans, mesti ada report polis. Ni wajib. Insurans takkan terima claim tanpa report polis yang sahih. Lepas dah ada print report, barulah sediakan dokumen yang lain. Biar aku senaraikan dengan jelas:

1. Report polis
2. Gambar kenderaan(sesetengah bengkel nak dokumen ni)
3. I/C pemilik kenderaan
4. Geran kenderaan
5. Saman(jika ada)
6. Lesen memandu

Jadinya, semua dokumen ni kita kena hantar dekat bengkel yang baiki kereta. Lepas tu tahulah dorang berurusan dengan pihak insurans yang seterusnya. Kita cuma kena tunggu kereta siap dibaiki dan gembira seperti selalunya.

Info tambahan: sesetengah bengkel suruh bayar dahulu kalau nak kereta dibaiki cepat. Kalau tak, memang tersadailah kereta kau dekat bengkel sehinggalah insurans luluskan claim yang bengkel buat. Masa ni akan ada adjuster datang tengok kereta untuk nilaikan kerosakan. Nanti pihak bengkel tipu pulak depa kan.

Lagi satu, korang boleh claim lost of use dari pihak insurans selagi kereta korang berada di bengkel. Contoh sehari insurans bayar RM30 x (berapa hari kereta dibengkel), itulah jumlah korang dapat. Alah duit poket lah. Tapi aku pulak tak dapat claim sebab kemalangan salah aku KAHKAHKAH melepassss. Takpelah noks, tak heran huhu. Laju je kerani tu cakap 'awak tak dapat claim sebab awak salah', padahal tak habis lagi aku susun ayat masa tu haha.

Sementara tunggu kereta siap, bolehlah korang tunggang motor dulu. Silalah asah semula skill menunggang motor yang dah tumpul tu acecehhh.

Okbaii.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan