Ahad, 9 April 2017

Take it easy.

Dalam banyak-banyak jenis movie yang aku pernah layan, cuma movie Desolasi dan Passenger yang menepati kehendak perasaan aku sekarang.

Kedua-dua jenis movie ni mengangkat tema bersendirian (+ pasangan) dalam meniti kehidupan sehari-harian. Wah kau, angan tak mudah haha. Lepas tu hidup berbahagia berdua macam movie Up. Ahh syorgaa!

Aku nak dalam fasa kehidupan aku tu semua manusia mesti ditidurkan untuk satu tempoh yang lama, bila aku mati baru depa boleh bangun untuk uruskan jenazah aku. Gitu. Hoo takut jugak mayat kau membusuk eh? Hahahahaha bodo.

Lepas tu kehidupan serba lengkap dan canggih dengan teknologi macam movie Passenger. Nak makan apa-apa pun tekan je dekat button food machine tu. Tengok wayang free tetiap hari. Lepas tu bina keluarga bahagia dengan pasangan. Heh nak berteman jugak rupanya? Kahkah mestilah.

Alangkah indahnya hidup macam tu. Tengok muka pasangan hari-hari tak bosan pun sebab cinta sejati kononnya hahaha. Tapi itulah, aku tetap nak tambah jugak watak anak-anak dalam cerita ni untuk penyeri suasana haha. Okay done, bahagia sangat ni :P

Ouhh sesungguhnya inilah nikmat berangan yang sebenarnya *grab popcorn*

Bukan apa, emosi nak bersendirian ni sebab tertekan dengan karenah masyarakat. Menilai kita, mengumpat kita. Penat sebenarnya nak berdepan dengan situasi macam ni. Hari-hari berlaku macam pita kaset yang diulang-ulang.

Kalau kat syurga nanti agaknya aku teringin atau ingat ke tak lagi nak minta macam ni dengan Tuhan? *tetiba*



Tiada ulasan:

Catat Ulasan