Jumaat, 21 April 2017

Mengomel - 8

Minggu lepas aku demam, so tak dapat layan movie hujung minggu. Melepek aku dekat rumah. Isnin sambung cuti lagi konon aku perlukan masa untuk rehat dan rawat perasaan aku.

Cehh.

Badan kau yang sakit ke perasaan kau ni sebenarnya? HAHAHAHA.

Dalam 2 ke 3 hari ni masa baru je sihat dari demam memang mood swings habis. Mak suruh menyapu pun aku boleh meradang dalam diam hahahah dasaarr anak biadap.

Kucing pun aku buat tak layan sangat. Pedulikk. Aku campak je ikan kat lantai hah dah, nak makan makan, tak nak makan sudah. Gitu. Mood memang garang ye sebab baru lepas demam. Entah virus bendalah yang nak attack aku sangat ni.

Lepas tu, hari Isnin tu jugak aku pergi Imigresen nak renew passport mak. And then pegawai tu kata ada syarat baru, kena buat rayuan pulak. Memang dalam hidup ni, manusia yang lemah akan sentiasa dipaksa merayu pada manusia juga, bukan pada Tuhan?

Ah sudahlah kau. Kau ikut je cakap depa.

By Wednesday, semua dokumen berjaya disediakan dan dihantar pada HQ Imigresen dekat nun Putrajaya. Alhamdulillah lega. Result tak tahu diluluskan or tidak. Kalau tak lulus, abang aku plan nak menangis beramai-ramai dekat Putrajaya nun hahaahhahaha.

Minggu depan, mak aku pulak yang akan menangis. Sebab? Sebab inshaa'Allah abang aku selamat berkahwin minggu depan. Tinggallah aku pulak yang masih bujang dan menunggu usia 25 tahun untuk mengikut sunnah Muhammad yang mulia iaitu bernikah. Wahh gitu kahkah.

Tak sangka. Takku sangka sangka. Lepas ni turn aku pulak hahaha. Berdebar tu lebih teruk dari tunggu result UPU tau? Kahh.

Iklan lah kau. Duit pun takde, nak kahwin pulak haha. Takpelah, nanti kenduri aku buat doa selamat aje, lepas tu jamu nasi bungkus. Settle. Aku happy, laki aku lagi happy sebab dapat bini yang memudahkan macam aku HAHA.

Ok Zaimah, cukup-cukuplah tu. Dah boleh pi sambung kerja dulu tu. (Mengulor eh kau)

Ok dah baiii.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan