Jumaat, 3 Mac 2017

Kaki drama + movies

Aku memang kaki layan drama. Tapi kalau kau yang berdrama aku tak hingin nak layan. Biar aku kaki kakikan je kau tu. Nak berdrama sangatkan haha tetiba.

Drama Lara Aishah dah lama dah tamat, begitu jugaklah dengan kehidupan rushing aku yang turut berlalu. Sebelum ni memang aku selalu berkejar balik rumah, sebab target aku mesti siap solat siap makan then pukul 6 terpacak depan TV tunggu cerita mula. Ini kalau ada laki ni, bahagia laki aku sebab hari-hari aku tunggu dia depan pintu. Dan semestinya dia pun berkejaran tak sabar nak balik rumah hahahah. Bab merepek bagi kau diknon.

Jumaat lepas aku saja tengok TV, sebab dalam laptop takde movie best. Lepas tu tukar punya tukar channel, tertengoklah drama The Princess Wei Young kat 8TV. Memang young betul watak utama dia. Putih cerah macam tepung gomak, tapi putih yang cantik dan sekatalah bukan bertampuk-tampuk macam kau orang pakai bedak kahkah.

Masa aku tengok tu dah episod 4, tapi sekali tengok je dah hampir faham dah keseluruhan cerita. Sebab nakkan kepastian, aku tengok jugaklah dekat Youtube. Memang sah! Apa yang sah? Sahlah kita sebagai suami isteri haha. Tak tak. Sah yang cerita tu memang macam aku sangka dan cerita tu jugak kena dengan taste aku.

Aku memang suka drama yang ada elemen percintaan, peperangan, pergaduhan, dan babak romantik sikit. Tapi drama yang ada babak misteri ke, kelakor ke pun aku suka jugak. Tapi yang ada babak masak memasak, makan memakan, minum minuman pun aku lagi suka. Tapi kan, (banyak pulak tapi kau) dalam banyak-banyak babak, lawan-lawan yang paling aku gemor sekali. Terasa macam aku pulak yang sedang bertarung tu haha kau bab berangan pun champion mek.

Contoh drama/movie yang aku suka tengok:
The Vampire Prosecutor
The Princess Wei Young
Underworld Awakening
Resident Evil
I Robot
Shoalin Soccer
Master Sun
Kill Me Heal Me
Pasta
X-men ( paling terbaru ni Logan )

Ceh sikit je, ingatkan banyak sampai 3 pages? Dah kata contoh kan, patutnya aku letak etc. je tu hahah.

Bila syok layan drama cenggitu, mulalah berangan nak jalan hidup macam tu. Yelah sebab tu semua skrip manusia buatkan, memanglah best aje tengok. Tang babak khianat-mengkhianat, aku rasa nak cekik cekik je yang mendajjal tu. Geram aku! Emosi memang tak terkawal kalau dah layan drama ni. Sila redo je sesiapa sebelah aku tu kalau kena cepuk eh haha.

Pokok pangkalnya penyebab drama tu best mestilah disebabkan pelakon yang hebat. Kadang jalan cerita best dah tapi watak yang dilakonkan tak berkesan macam sudip kayu je. Eh wayang kulit yang keras dan digerakkan manusia tu lagi best dari pelakon yang berlakon kayu tu tau.

Wah kau? Sedap mengomen muahahaha.

Pernah aku terbaca kat Facebook, dalam video game kalau kau jumpa musuh, maknanya kau dalam perjalanan yang betul. So, in real life pun macam tu. Musuh merata-rata je sebenarnya. Musuh terang-terangan tak banyak, musuh berselimut tu yang berterabur.

Jadi kesimpulannya, dalam drama/movie ke, dalam kehidupan ke, perjalanan menuju kejayaan tu memang dipenuhi cabaran dan dugaan. Paling penting jangan sesekali mengalah. Hamderrr dah gaya motivator diri sendiri ke apeni? Kahh.


Rabu, 1 Mac 2017

13 tahun yang lepas.

Dulu dan Sekarang

Kahkahkahkah tergelak aku tengok gambar sendiri woii. Bapak ah selenga dulu. No wonder takde siapa yang berkenan kat aku HAHAHAHA. Act, sekarang pun selenga + selekeh lagi, tapi taklah tahap macam dulu hahaha gila ah.

Itulah beza dulu dan sekarang. Dulu free hair, sekarang bertudung. Dulu tahu main pagi petang je, sekarang bekerja lepastu memerap dekat rumah. Dulu cuma kenal Olay, sekarang dah kenal apa itu Goshop. Goshop, ada TV boleh beli! Caitt.

Kulit jadi gelap malap tu sebab selalu berjemurlah ni. Tak pakai sunblock, tak pakai krim siang. Kan dah terbakor. Mujur cerah bila dah dewasa ni hahahaha. Tapi masa dulu tak peduli pun gelap ke, lutsinar sekalipun, aktiviti main waktu petang tu yang paling penting.

Kalau hujan petang, berdoa ni ramai-ramai mintak hujan berhenti. Sebab dah janji kelmarin dulu nak lawan lompat getah lah, tuju tin lah, buaya diri lah, buaya duduk lah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya lah.

Paling seronok sebab berkawan je dengan lelaki perempuan. Takde beza. Geng laki, geng perempuan. Aku dulu manalah layan masak-masak ni. Jadi mak, jadi ayah semua ni kita orang tak layan.

Hat kami layan, tuu besbol. Haa itu wajib main tiap petang weh. Dapat geng kuat, bersorak sampai esok pagi. Cuba dapat geng lemah, alahaii menangis sampai subuh sebab teringatkan kekalahan hahaha.

Luka, calar-balar sebab jatuh, redah semak, panjat pondok telefon rosak, itu memang biasa dah. Kalau macam geng tak ramai keluar, memang lepak tempat macam tu lah. Bila ada geng musuh dapat dulu port lepak tu, mencuka menjeling je memasing. Sebab itu kadang pukul 4 petang dah berlari pergi port lepak tu. Bangga sebab dapat 'cop' tempat tu lagi bangga dari Faiz Subri naik pentas tahu tak? HAHA over kau Mak Jemah.

Belum lagi bab mak kacau program. Suruh beli santan, beli kunyit, beli garam. Geng dah janji nak ronda basikal sama-sama. Kalau lambat memang kena tinggal je. Sedih kena tinggal tu macam sedih cinta ditolak. Eh? Hehe. Tapi serius memang sedih. Waktu tu memberontaklah sebab mak tak faham program kita. Wah, kita je ada program. Mak tak masak nanti padan muka kau.

Waktu raya pulak, pergi beraya ramai-ramai. Pukul 8 dah keluar rumah, bentang peta kampung. Group A, rumah situ sinun. Group B, rumah sana sinun. Lepas tu roger rumah mana dapat duit lebih kahkah hebat tu kalah spy woooo. Paling tak lupa konon pilih nak pergi rumah besar. Tuan rumah bagi 50sen lepastu jamu makan nasi. Memang menyumpah seluruh budak kampung. Too much expectation. Khennn.

Sesungguhnya banyak lagi nostalgia nak cerita. Cerita semua sini tak habis, kena open table jugak gayanya. Anyone? *krik krik krik*.

Seriously, rindu nak kembali pada zaman kanak-kanak dulu. Dalam mimpi pun jadilah.

Okbaii.


Selasa, 28 Februari 2017

Tudung oh tudung.

Nah. Ai belanja 1 tutorial untuk yu.

Semalam aku curi shawl mak kejap, lepastu cuba lilit punya lilit punya lilit, menjadi jugak. Tetiba rasa bangga. Padahal dah seminggu duk tengok tutorial shawl dekat Youtube hahaha sedih.

Tengok orang lilit, heh senang je. Bila kita lilit tengkuk sendiri, rasa macam kampit betul kenapa nak bunuh diri ni? Lilit longgar nampak tak kemas. Lilit ketat rasa nak tercekik leher aku. Lagipun aku memang ada masalah geli yang kritikal dekat bahagian leher.

Kakak aku siap cakap pada aku, 'kau kahwin nanti Imah, tak geli dahlah leher tu'. Kampit double.

So, sehingga ke hari ini, aku masih setia dengan tudung bawal petak tu. Kekadang ada hari tertentu, bila aku tarik hujung tudung simpang-siur pun, tetap rasa geli. Inner tudung yang mencengkam leher tu jangan cakaplah, memang berhabuk dalam almari.

Tudung sarung pulak walaupun semudah 1 2 3, aku tetap tak berkenan. Sebab paling terbesar, nampak macam makcik weh. Hahahaha. Bagilah tudung Fareeda sekalipun, memang tak sesuai dengan bentuk muka aku. Baik sarung kain batik atas kepala tu, nampaklah macam gadis kampung gittew. Aumm KAHKAH.

Lagi satu hal kan, bentuk muka aku pun tak sesuai sangat pakai shawl. Skill kena terer sebab nak adjust kedudukan tudung tu agar muka tu kelihatan mancung ke depan * apahal ayat aku macam karangan sekolah der HAHA?? *.

Aku akui hakikat yang bentuk muka aku comel. Kemek sikit. Hidung pun tak bertulang hahahaha. So, bila pakai shawl yang rapat ke muka tu, memang nampak macam pinggan jelah muka aku kalau bergambar. Adududuhh.

Nak tak nak, terpaksa pakai tudung bawal. Kalau fabrik selesa, warna pulak ceria kena dengan kulit, memang lawa ar muka. Aigoo puji diri pulak kahkah sangatt. Lepastu sebulan ulang tudung yang sama hahaha.

Nak memilih jenis fabrik pun satu hal. Licin sangatlah. Kesat sangatlah. Kadang ada tudung tu melekat-lekat ke baju. Dah payah dah nak adjust. Itu seharian nak mengamuk je tu cheeseee.

Bila dah selesa dengan fabrik, warna pun cun, tetiba masalah jarang pulak. Dah kena pakai inner. Aigoo. Rela tak pakai tudung tu dari kena pakai inner tudung. Double tercekik leher aku. Tak sanggup tak sanggup.

Koleksi tudung aku sekarang pun tak banyak sangat. Warna hat satu keluarga je. Merah hati, merah saga, merah jambu, merah gincu. Hijau muda, hijau tua, hijau baby. Warna duk ulang-ulang dalam kelompok yang sama. Risau nak beli warna lain, nanti tak kena dengan kulit.

Jealous tengok perempuan yang takde masalah sangat bila pakai tudung. Kenapalah tudung ni selalu bermasalah dengan aku?

Eeeiii. Bai.


Khamis, 23 Februari 2017

Minggu Intensif PJJ Sidang Akademik 2016/17

View from Bendera Hill.
Me. Tempat kunci cinta tah pebenda nama ni? Aku datang solo oi. Solo solo.
Cantik mata memandang, sedap lagi tekak yang menelan. Yummihhh!
This is Nasi Briyani Chicken Milany.
Aiskrim mangga. Sedap gila mangga dia seketul besar lalu dekat tekak. Kalau pergi lagi kena repeat benda ni.

Assalamualaikum dan haii gadis-gadis yang letak hantaran mahal dan jejaka-jejaka yang apply loan untuk kahwin.

Act, aku dah 2 minggu selamat kembali ke Maran bandar Ayam Kampung lepas berakhirnya Minggu Intensif pada 17/1 hingga 9/2 dekat USM, Penang. Takde benda aku bawak balik sini. Jeruk takde, keychain takde, jodoh lagilah takde. Itu orang mengata tu hahahah.

Masa Minggu Intensif tu, jadual kelas tak padat sangat. Peluang untuk berjimba tu ada je. Memang itulah motif aku pergi sana; belajar + bersuka ria. Release tension weh. Terperup je kat Maran, sekali keluar hah engkau, jakun tu macam Rapunzel dapat lari dari rumah kahkah please.

Btw, jadual kelas dekat sana tak berapa padat. Pagi paling awal kelas jam 9. Zaman fulltime student dulu, jam 8. Lagi awal, menyumpah aku pepagi haha. Maka terkedek-kedeklah aku berlari berkejaran menunggu bas kampus. Tapi rezeki kali ni pergi dengan roommate je sebab dia drive kereta ke sana.

Gap antara waktu kelas tu memang panjang. Kadang kelas pagi, lepas tu malam pulak baru ada. Waktu free tu kalau tak membuta dalam bilik, aku lepak library je. Kot-kot jumpa jejaka berkaca mata kacak di sebalik rak buku ke. Ouchh dupdapdupdap jantung ini ahaha. Perasan, dia baca buku takde masa nak pandang hang.

Masa dekat sana, ada 3 kali kami kena hadap exam. Semua subjek universiti. Student lain bersengkang mata duk study weh, aku pulak sejam sebelum masuk dewan baru baca nota. Mujur baca. Kalau tak baca langsung tak tahu nak dadu benda. Result nanti tu jangan ceritalah, harap lulus je ni. Seddih T_T

Seminggu sebelum habis Intensif, baru nak pulun buat assignment. Itulah, awal sampai sana seronok berjimba, dah nak balik baru kucar-kacir nak settle semua haha. Mujur sempat siap, cuma ada satu je belum. Itupun dah settle dah sekarang. Fiuhhh.

Aktiviti petang or waktu terluang pulak, aku pergi Bukit Bendera lepak tengok amoi, takpun ke Tesco menyaksikan gelagat rasis masyarakat, or ke tasik tengok biawak. Ada sekali aku pergi stadium tengok orang joging. Ya, tak salah baca. Aku pergi tengok je, bukan aku yang berjoging. Inilah punca lemak langsung tak berkurang.

Penang memanglah syurga makanan. Bagi sesiapa yang jenis lapar macam bela saka tu, eloklah pergi Penang ni. Sedap tak sedap, itu ikut tekak. Macam aku tekak warak, bila makan baca bismillah, setan habis lari maka sedaplah makanan aku. Jadah, benda kaitannya diknon?

4 minggu aku kat sana, rasa gembira gila. Rindu kot nak jadi fulltime student. Nak duduk mereput dekat hostel bertemankan wifi yang berkelajuan tinggi. Tetiap hari layan Youtube tengok movie, tengok lagu. Tapi tak terfikir pulak nak update blog. Nampak tak blog ni diketepikan bila aku gembira? Hahaha sayuu.

Masa cuti CNY tu jugak, aku antara student yang melepet kelepet dekat hostel. Nak pergi mana-mana, call uber je. Wahh, dah pandai dah diknon kita ni eh. Order food delivery pun pandai jugak. Nak survive hidup der.

Shopping memang taklah kat sana. Tak sempat je. Cadang nak keluar hari akhir tu, tapi ada exam weh jam 8 malam. So, tak keluarlah kami konon sibuk baca nota. Bila balik Maran, ramai sangat risik-risik 'haii, tangan kosong je?'. Amboi amboi amboi amboi amboii amboii boii boii boii boi boi amboii amboii amboooooiiiiiiiiiiii.

Benda macam ni pun boleh jadi umpatan ke? Hmm. Takpelah mak enon mak enon sekalian. Tahun depan diknon beli 1 lori ke mak enon semua yeee. Err, lori mainan je.

Jadi, itu jelah aktiviti aku dekat USM. Lagi 4 tahun akan ulang aktiviti yang sama. Sekian.

Yang Benar
Dikmah diknon.


Isnin, 20 Februari 2017

Diluar jangkaan.

Unofficially 23 years young.

Macam tak sangka, tapi kena sangka jugak. Dulu zaman aku sekolah rendah, aku tak sangka akan masuk sekolah menengah. Begitu jugak sekarang. Agaknya nanti dah kahwin dah beranak dah ada menantu cucu cicit, dah meninggal, pun tetap tak sangka jugak hahahaha.

Bulan April ni abang ke-4 aku nak nikah. Pertengahan bulan Mac, bini abang ke-3 aku nak beranak. Akak aku tak sabar tu nak dapat panggilan MakLong, baru merasa nak ada anak buah sebelah keluarga Azis ni.

Aku pulak? Masih berbahagia dengan tayar Viva baru hahahaha. Sedddihhh. No no no. Don't pity me hokay. I'm totally fine *padahal hati dah bergenang dengan airmata* hahahaha.

Rileks lah, jangan gelojoh cari jodoh. Biasa yang gelojoh ni tersilap pilih ni. Biasa jodoh mencerminkan diri kita. Alhamdulillah, aku dulu baik orangnya. Sekarang tak tahulah HAHA.

Permulaan tahun 2017 baru ni kan, ramai nau member-member aku yang kahwin. Bertuahnya badan jodoh dah menjemput. Hat yang bertunang pun ramai, walaweii. Tahun Jodoh ke Tahun Ayam ni? Hahaha.

Tapi aku tak kisah pun, sebab kalau dah jodoh sekelip mata je boleh nikah. Macam dulu, member aku belajar kolej pembantu perubatan untuk diserap bekerja selepas 3 tahun. Tup tup, aku kerja dulu dari dia.

So andai kata dia bertunang dulu nanti, entah-entah aku selamat dulu ke labour room kakakakaka. Perancangan Allah itu tiada siapa yang tahu kan. Tak pelik dan tak mustahil.

Percayalah, benda yang kita plan lurus bak pembaris tu tak semestinya lurus jugak jalannya. Sebab yang mengawasi dan mengawal plan kita tu, Allah yang Esa.

Jadi, jangan bangga sangat dengan apa yang kita rancang. Semua yang kita rancang haruslah indah-indah belaka ye dak? Tapi yang indah tu lah melalaikan sebenarnya.

Bila kita bertunang, jangan pandang rendah pada yang single. Begitu jugak pada yang berkahwin. Jangan sesekali. Sebabnya kita tak tahu kekal lama mana hubungan tu. Kalau dah ada pasangan, jaga elok-elok. Paling penting jaga batas-batas pergaulan.

Tunang tu bukan bini/laki kau eh. Tunang tu tiket tempahan nak kahwin je. Boleh cancel lagi. Sedangkan kahwin pun boleh bercerai, bertunang lagilah boleh putus.

Ada orang punyalah bangga dia bertunang, berkahwin. Ha'ah, macam dia sajalah yang ada pasangan. Dia lupa agaknya Tuhan ciptakan semua orang berpasang-pasangan, tapi lambat atau cepat je bezanya, kekal bertahan hingga syurga atau berpisah pulak pengakhirannya.

Semua benda ni kita takkan boleh jangka. Ajal, jodoh dan rezeki ni Tuhan rahsiakan supaya manusia berusaha. So, kenalah berusaha.

Macam aku pun, berusaha nak disukai dan disenangi orang sekeliling. Sesiapa yang nak suka aku, dipersilakan. Sesiapa nak benci aku, ada aku kisah?

Macam semalam sebelum tidur, aku baru je minum 1 sachet BB Plus Kolagen. Dah pagi ni 2 orang cakap aku cantik hahahaha. Kau telan benda cepat sangat effect ni Zaimah oii? Hahaha adoii.

Semoga dengan asbab kolagen yang aku amalkan ni, tubuh badan aku akan lebih sihat untuk beribadah, wajah aku akan lebih cantik berseri supaya orang yang melihat aku, mendampingi aku, berasa senang dengan aku.

Itu plan aku lah setakat ni. Kut esok jadi anak raja tetiba, lagilah bertuah badan haha.

Ok habis dah menggebang korang. Dah, baii.


Selasa, 14 Februari 2017

Entah apa yang ditengoknya.

Aku beli Viva masa bulan September 2015. Cash, guna loan bank. Jangan harap aku nak menyimpan 20k, dengan keadaan aku yang baru bekerja gomen setahun tu. Dalam mimpi makcik.

Dah setahun berlalu, Viva tak banyak meragam pun. Pernah jugaklah meragam pasal pintu je, itupun sebab wayar putus. Thanks God.

Sejak Viva sah jadi hakmilik aku, aku selalu intai-intai Viva lain. Maksudnya, aku tengok colour, rim, tayar, cermin, lowered ke tak, itu semua dalam pemerhatian aku. Ada sebuah kereta tu kan, masha'Allah macam bilik tidur dah meriahnya. Siap alas kusyen cantik weh! Kau hado?

Sekarang pun aku buat kegiatan yang sama lagi. Sibuk tengok rim. Lawo weh! Aku kenangkan duit tak berapa terkumpul je ni, kalau tidak lama dah aku tukar. Lagi lawo kalau tengok kereta ikut tema warna. Biru, hijau, putih. Perghh smart ah.

Sekarang aku dah faham dah kenapa lelaki fanatik dengan kereta. Aku pun dah jadi macam tu sekarang, cuma kemaslahatan duit jelah. Pernah jugak terfikir nak buat loan, nak upgrade habis-habisan Viva tu. Mujurlah aku berfikiran rasional; so tahan, tahan.

Lagi satu kan, aku tak tahulah kenapa aku suka sangat tengok orang driving. Contohnya, dekat traffic light, aku boleh jadi ralit tengok kereta sebelah. Dan semestinya kereta tu kena kecil dan comel macam Suzuki Alto, Suzuki Swift, Kenari, Axia or apa-apa jelah kereta yang comel.

Aku selalu membayangkan driver tu menikmati pemanduan dorang. Diibaratkan macam aku tengah tengok test drive official sesebuah kereta, best tuu tengok. Dah aku ni tak menikmati pemanduan ke apa? Aku rasa macam tak hahahaha. Sedih.

Lagi-lagi kalau kereta tu memang taste aku, memang aku tenung kereta tu sampai hilang dari pandangan. Tudiaa, kadang aku cover jugaklah, takdelah menatap beria tu hahaha.

Bila naik kereta dengan sesiapa pun kan, kalau boleh masa aku sibuk perhati kereta taste aku tu, jangan sesiapa pun bercakap dengan aku. Tapi masa tu jugaklah kebanyakan perhatian aku terganggu, eeii geram betul. Rasa nak teriak 'kejaplah, aku tengah skodeng kereta tu!', haha nanti tak memasal kena cepuk.

Keobsesan aku ni melarat sampai ke sekolah tahu tak? Sebab kat sekolah ni ada senior tu guna kereta Suzuki Alto, comel je tengok weh. Aku selalu perhati je makcik tu bawak, tetiba teringin nak drive Alto! Wuwuwuw.

Entah sampai bila habit aku ni nak hilang. Tapi selagi tak menimbulkan kerimasan, kesyak-wasangkaan, aku akan teruskan. Sebab aku minat hahaha. Kalau dibayar gaji lagi berbaloi-baloi, kot? 😂


Rabu, 11 Januari 2017

Mengomel - 7

Hello bloggers.

Aku baru je dapat tahu result untuk subjek pertama; PJJ Dan Literasi Komputer. Alhamdulillah. Kalau markah aku tu didedikasikan dalam bentuk sebuah kereta, dapatlah aku sebuah kereta Chevrolet. Ahahahaha mahal taknak kalah tu.

Puas hati ke tak? Puas. Sebab aku tak meniru pun walaupun tak study mana, jadi aku tahu itu kemampuan aku. Kira otak aku ni geliga jugaklah, kalau zombie menyerang, aku antara insan terpenting yang perlu diselamatkan. Kau nak ekonomi negara kita merudum? Taknak kan haha. Jadah sampai situ.

Tapi tak mustahil kau pegang duit yang ditandatangani oleh aku. Sekarang guna signature Zeti Aziz, nanti guna signature Zaimah Azis pulak. Kan dekat dah tu, macam ada chemistry pulak.

Jauh aku merepek. Belajar bidang Antropologi-Sosiologi, tetiba pegang jawatan Gabenor Bank Negara. T_T

BTW, aku kat sekolah lagi ni kerja. Bebudak sekarang balik jam 3.30 dekat jam 4.00 petang dah. Penatnya jadi bebudak sekarang, kan? Zaman aku dulu jam 2.00 tu dah menggelupur balik rumah tahu tak? Hahahaha.

Aku amat memahami tahap stress budak-budak ni. Mungkin ni persediaan negara untuk melahirkan pekerja berwawasan. Keluar rumah jam 6.30, balik rumah jam 5.00 petang. Aigoo, maka tercetuslah fenomena anti-sosial.

Tanpa disengajakan aku dah buat data pasal masalah sosiologikal. Wow. Hebat. Hebat. Hnssfff hnssfff. * bowtie *

Kurang lagi 4 hari aku bakal ke Penang ni, menghadiri kursus intensif. Kiranya bercuti sebulan. Konon sipi-sipi dalam hati ni nak berjimba, tapi awal-awal lagi dah kena warning dengan abang aku yang garang tu.

Tapi takpe, abaikan dia okay. Anggap jela segala kata-kata dia tu cuma muzik sumbang yang singgah di telinga ahahaha. Konghajo kau kan, konghajo.

Kali ni aku pergi awal sehari. Naik bas jehh, bodyguard aku tunggu kat sana. Takde plan apa pun bila sampai sana, plan spontan jeh weh * harap-harap *

Roommate taktahu siapa, desasiswa tak tahu yang mana. Khabarnya nasib tak baik dapatlah desa RST. Restu Saujana Tekun, kot? Entah. Kolej penginapan yang ni atas bukit.

Eloklah tu. Bila turun bergolek, bila naik merangkak. Hah elok elok hahahaha.

Apa-apa pun, sebelum aku pi sana, aku kena tinggalkan pesan untuk cikgu sains ni dulu. Order eksperimen kena awal 3 hari, makmal kalau kotor, suruhlah pelajar sapu. Dah hat yang buat kotor tu, pelajar jugak.

Tinggallah kerusi, tinggallah meja. Tuanmu ini nak ke USM untuk menimba ilmu.
Fighting fighting fighting!